Sunday, November 21, 2010

Lobak,Telur dan Kopi

Suatu kisah motivasi yg mengajak kita mengenal erti sebenar sebuah kehidupan...bagi sesiapa yg bosan dgn hidup ini,fikirknlah kisah antara Lobak,Telur dan kopi...selamat membaca !! ^^






Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehdupan. Dia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baharu. Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ayahnya mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk2 tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah ke dalam periuk pertama, telur diperiuk kedua dan serbuk kopi di periuk terakhir. Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata...


Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.  Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ayahnya menyisihkan lobak dan menaruhnya dimangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya ke dalam mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi ke dalam mangkuk yang lainnya. Lalu ayahnya bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.  Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Dia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, Dia mendapati telur rebus yang telah mengeras. Terakhir pula, ayahnya memintanya untuk mencium aroma kopi.


Anaknya tersenyum ketika mencium aroma kopi yang begitu lazat rasanya.  Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?" Ayahnya menerangkan bahawa ketiga-tiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan empuk. Telur pula sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya telah melindungi isinya. Tetapi setelah direbus, isinya berubah menjadi keras. Serbuk kopi turur mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut menjadikannya satu aroma yang amat unik.


 "Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui...Ketika kesukaran dan kesulitan datang kepadamu, bagaimana kamu menghadapinya? Adakah kamu lobak, telur atau kopi?" 


Sekadar renungan.........  Bagaimana dengan kita?  Adakah kita lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatan.  Atau... Adakah kita telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang optimis namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan lalu kita menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi adakah kita berubah menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?  Ataukah kita serbuk kopi? Serbuk kopi yang tenggelam dalam air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksima pada suhu 100darjah Celcius ?
Ketika berada pada suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika kita seperti serbuk kopi, ketika menghadapi situasi yang buruk, kita akan menjadi semakin baik dan sentiasa memandang sesuatu pada sudut yang positif..kerana setiap yg berlaku pasti ada terselindung hikmahnya..=)

Saturday, November 20, 2010

Mulut


Aih !! pelik bebeno tajok kita hari ni.. haha!
ya la...zaman skrg dah brubah...
kalau dulu2 org biasa ckp brkias2,tp srg tak main dah brkias2..main zap2!! mcm laser..zzzzzzzz.. =)
pabila ditanya,mulut takde lesen ker?? tau2 la jwbnya: "yg kau sibok pehal" atau lebih ganas lagi, 'lu lu gua gua..kubor masing2 beb"
haaaaa...sapa nak jawab..
dipendekkan crita,antara dosa mulut yg lain pula ialah mengumpat,menghasut,mengampu,menyinggung perasaan org lain dan banyak lagi..


Abu Hurairah mengatakan,dia pernah terdengar Rasulullah SAW bersabda, "Hamba yang mengucapkan kata-kata tanpa berfikir baik buruknya boleh menyebabkan dia tergelincir ke arah neraka lebih jauh dari jarak antara timur dan barat"

Dahsyat kan?sbb tu jugalah org dulu2 prnah brkata, sebab pulut santan binasa,sebab mulut badan binasa..
Adapun dosa kpd Allah,akan diampunkanNya melainkan dosa syirik..
tetapi,bagaimana pula dgn manusia ya? dosa sesama manusia tidak akan diampuni oleh Allah melainkan manusia itu sendiri memaafkannya...jd,kenapa kita msh menyakiti hati sesama manusia...
Allah itu bersifat Maha Pengampun,namun tidak semua manusia brsifat pengampun....Oleh itu,jagalah mulut anda drpd brkata yg sia-sia...

Sekadar renungan..

Monday, November 15, 2010

Salam Azhar

test 1 2 3...
Assalamualaikum...Howdy!
lalalalalalala...wahhhhh!! pertama kali main blog..rasa kuno jak saia tok...hehehe
langkah prtama membuka sribu langkah kehadapan...ada benar? :)
Welcome to my blog! Blog untuk saya,anda dan suma...lets be my follower..have a great time together buddies!! yu huuu~
Salam Azhar! ^^